Monday, December 22, 2008

Kegembiraan Berganda

Lokasi: Library

Aduh! Hidung aku sudah mula mengeluarkan mukus-mukus cair yang aku paling benci.
Selesema memang melemaskan hidup aku.
Tension sungguh gua!

Korang nak tahu? Aku tengah bosan gila malam ni. Ada 3 minggu lagi before final exam untuk short trimester. Memang bangang kalau korang study dekat Money Making University ni. Member-member aku yang lain semua tengah lepak cuti bergembira bersama keluarga di rumah yang bahagia tanpa kekacauan dunia.(ambek kau macam sajak pon ada)

Apa-apa pon kita relate balik dengan topic entry di atas. Korang tahu kenapa apa kergembiraan berganda aku hari ini? Aku tahu kalau aku cakap kejap lagi mesti semua orang ingat aku poyo tak kena tempat, hati panas berlagak sambal, dan segala yang sewaktu dengannya.

Kegembiraan pertama.
Aku berjaya menyiapkan group assignment dalam masa 5 jam hari ini. Beliau(lecturer) telah meng'upload' assignment tersebut sebulan lepas dan hanya semalam aku membaca soalan dan meng'google'kan diri untuk menyelesaikan task tersebut. Walaupon ia group assignment tapi aku terpaksa melakukannya secara individual kerana tiada sesiapa yang mahu meng'group'kan diri dengan aku.(sebab aku buat lambat)

Kegembiraan kedua.
Seperti yang telah dilaporkan oleh soccernet semalak, tepat jam 8.40 malam waktu tempatan Malaysia, Manchester United telah dinobatkan sebagai kelab terbaik/terunggul/teragung/tergempak dan segala 'ter' yang sewaktu dengannya setelah mengalahkan kelab dari Ecuador, LDU Quito. Jaringan dari messr Rooney hasil umpanan messr Ronaldo(chait!mcm commentator Malaysia) membolehkan Man Utd menang dengan bergaya setelah messr Vidic dilayangkan kad merah pada minit ke '49. Man Utd juga telah berjaya menghapuskan badi English Club yang sering tewas kepada pasukan-pasukan dari South America.

Kegembiraan ketiga.
Selepas berhempas-pulas selama 6 minggu menyiapkan interim report final year project, akhirnya hari yang ditunggu telah tiba. Hari presentation. Perrghh memang hari yang malang sebab aku kena siapkan kegembiraan yang pertama pada masa yang sama. Penambahan malang berlaku lagi apabila aku dipilih sebagai orang terhormat pertama
untuk present dalam first session. Dengan muka lampir aku pun present dengan penuh perasaan. Fuuhh! Nasib aku baik. Walaupon banyak komplen from panel and supervisor, aku hanya mampu tersenyum sambil menjawab segala soalan yang diajukan. Yeaarrghhh!!

Kegembiraan keempat.
Aku terbangun pada pukul 6.56 pagi. Aduuuss! Aku tak siap lagi kegembiraan pertama dan ketiga. Terpaksa melupakan tidur yang indah untuk menyiapkannya. Sebelum memulakan kerja-kerja yang tertangguh wajib melayari soccernet dan fantasy premierleague. Hehehehe, team aku sedikit berjaya pada minggu ini setelah bodoh 2 bulan sebelumnya. Yesszaaa!!

Akak library dah start pandang aku.
.
.
.
.
.
Yer laa, nak packing laptop laa ni, kecoh betol bila library nak tutup.
.

No comments: