Friday, December 26, 2008

Fantasy Premierleague

Korang minat EPL? Manchester United lagi gempak dari Liverpool, Chelsea ngan Arsenal kan? Aku tau ramai yang dengki dengan team favourite aku(semestinya Man Utd). Korang minat mesti tengok game live every weekend kan? Mesti korang ada beli jersey kan? Lepas tuh borak-borak kosong mesti cerita pasal Ronaldo tak form season ni, Fabregas injured sampai april, Drogba dah tak berguna, atau pon Liverpool maen macam sampah tapi bole menang. So, apa kata korang tunjukkan lagi support korang dengan bermain fantasy football.

Aku dah main fantasy premierleague ni since form 5. Dulu saja suka-suka. Sekarang pon suka-suka jugak tapi bila point tinggi bole laa berlagak dengan melodilusi. Tapi team aku awal season hari tuh ada hampeh sikit. So sekarang aku ranking aku sedikit teruk. Tapi ape ade hal kerana aku tengah kejar mereka yang dulu berlagak dengan aku. Takpe korang. Boxing day hari ni. Aku dah update team. Korang sempat?

p/s: Sesiapa yang berminat untuk bermain boleh hubungi saya di laman blog atau tekan sahaja di sini. Bye nak pegi update team.
.

No comments: