Huarrghh! Mengantuk laa siot. Aku baru sampai dari Kuala Lumpur pukul 11.30 malam tadi. Aku gerak dari Melaka pukul 7 pagi. Aku tau mesti ramai yang pelik macam mana aku bole bangun kan?
Lepas aku 'setel'kan hal-hal berbangkit dekat area PJ, aku dengan awek aku terus gerak Midvalley. Lepak punya lepak, dalam kol 5 cousin dia ajak tengok wayang. Kalo korang nak tau, memang ramai gila orang tengok wayang tadi. Movie biasa-biasa aje, dia punya queue sampai McD. Time aku beli tiket dah reda sikit.
Apa yang aku nak highlight dekat sini, aku dengan hati terbuka follow diorang tengok cerita hindustan. Aku tau tak ramai yang meminati Bollywood nih tapi aku no hal. Movie best layan aja!
Nama filem "Rab Ne Bana Di Jodi". Translation ke Bahasa Melayu lebih kurang "Tuhan telah menciptakan pasangan untuk setiap insan". Sedikit review from filem nih, dibintangi oleh Datuk Shah Rukh Khan(aku terpaksa address beliau sebagai datuk). The rest aku tak kenal. Heroin pelakon baru. Theme untuk filem ini adalah "There is an extraordinary love story in every ordinary jodi". Jodi nih bermaksud jodoh(pasangan) kot. Love story. Tiada adegan bergaduh, bertumbuk dan hero kalah dulu last sekali menang. Menceritakan tentang Shah Rukh Khan yang skema gampang mengahwini anak professornya. Anak perempuan prof tu dah nak kahwin tapi rombongan pengantin lelaki eksiden, semua mati. Prof tu kena heart attack and before dia mati kat hospital dia bagitau anak dia suruh kahwin dengan Shah Rukh Khan(SRK). Anak dia pun tak sampai hati nak biarkan ayah dia mati kecewa, setuju aje laaa.
Lepas kahwin, SRK tau isteri dia tak chenta kan dia so diorang tidur bilik asing-asing. Isteri dia tidur bilik bawah and SRK tido dekat atas(stor barang). Cerita pon berjalan macam biasa(malas nak explain details). Lupa pulak nak bagitau. SRK first time jumpa minah ni kat majlis kahwin dia yang tak jadi tuh, terus jatuh cinta. Esok nya diorang kahwin.
Sambung balik, satu hari balik dari pasar minah nih nampak satu flyer pasal dance competition. Dia sangat laa interested and bawak balik flyer tuh tunjuk kt suami dia, SRK. Time tuh baru lepas makan, SRK terus amek flyer tuh and terus naek atas tanpa berkata apa-apa. Minah tuh macam kecewa sikit tapi dia tau keredhaan suami lebih penting. Lepas je dia kemas dapur nak masuk bilik tidur, kat atas meja makan ada flyer tuh dengan duit(untuk register). Kegembiraan sangat si isteri terus mengucapkan terima kasih pada SRK yang tengah naek tangga nak pegi tido.
Sebab SRK sangat sayang kan isteri dia tapi isteri dia dah confess dia x chenta kan SRK, maka dia ingin mencipta love 'story'nya sendiri. Dia telah mengubah imej skema gampangnya menjadi seorang yang kononnya cool. Impiannya hanya ingin mendampingi isterinya. Dia telah menjadi 'dance partner' isterinya di dance competition itu. Di rumah beliau masih lagi seorang yang skema. Tapi lama-kelamaan beliau terperangkap dalam dunia rekaannya itu. Sehinggalah isterinya mencintai watak rekaanya yang diberi nama Raj dan ingin kahwin lari bersamanya. Tetapi last minute isterinya mengubah fikiran kerana dia mengangap suaminya selalu berada bersamanya dia waktu kesusahan.
Actually ada banyak lagi details yang aku tak cerita. Malas. Movie tu nak dekat 3 jam. Memang mengong, nasib baek lagu dia sikit. Pada aku eventhough cerita nih tak logik tapi sentimental value tuh memang ada. Apa-apa pon terpulang laa kalo korang nak download cerita nih kan, tapi maybe takde translation. Aku tiada masalah sebab awek aku pandai urdu. Muahahahahaha.
p/s: Aku masih lagi menunggu comment. Blog gua masih lagi sepi dan hampa.