Friday, December 26, 2008

Dah boring?

Ada account myspace, frenster, facebook dan segala yang sewaktu dengannya? Atau rasa nak tambah lagi account portal community korang? Nak ramai member? Nak carik blind date? Kekasih semasa zaman sekolah dulu? Atau senior yang buli kamu semasa di asrama?

"Do you know the coolest Malaysia web community ever will be launched anytime soon"[click].
Korang tak nak join ke? Nama web nih zoom.my. Nak tau features dia? Lebih kurang je dengan apa yang korang dok layan sekarang.

Malas nak click link? Gua review sket laa kan.

- Macam besa korang bole create profile and interact dengan other members
- Create group korang sendiri pastu lawan dengan group lain macam perang (aku tambah pasal perang nih).
- Ada jugak entertainment, music,video,games dan yang seangkatan dengannya.
- Blog, chat, forum (best tuh kalo korang ada blog)
- Yang paling best ianya gratis (free,percuma)

Bila ada web community nih mesti laa ada positive impact(benefits). So apa kata Lu Pikir Laa Sendiri sebab aku dah malas nk explain in detail. Apa-apa pon 'support'lah local artist, local product, local bloggers and local web community juga.
Sebelum mengundur diri, saya tinggalkan dengan serangkap gurindam pantun peribahasa.

Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri. Lebih baik hujan di tengahari daripada mendung di sebelah petang kerana kita tidak dapat bermain bola sepak.
.

Fantasy Premierleague

Korang minat EPL? Manchester United lagi gempak dari Liverpool, Chelsea ngan Arsenal kan? Aku tau ramai yang dengki dengan team favourite aku(semestinya Man Utd). Korang minat mesti tengok game live every weekend kan? Mesti korang ada beli jersey kan? Lepas tuh borak-borak kosong mesti cerita pasal Ronaldo tak form season ni, Fabregas injured sampai april, Drogba dah tak berguna, atau pon Liverpool maen macam sampah tapi bole menang. So, apa kata korang tunjukkan lagi support korang dengan bermain fantasy football.

Aku dah main fantasy premierleague ni since form 5. Dulu saja suka-suka. Sekarang pon suka-suka jugak tapi bila point tinggi bole laa berlagak dengan melodilusi. Tapi team aku awal season hari tuh ada hampeh sikit. So sekarang aku ranking aku sedikit teruk. Tapi ape ade hal kerana aku tengah kejar mereka yang dulu berlagak dengan aku. Takpe korang. Boxing day hari ni. Aku dah update team. Korang sempat?

p/s: Sesiapa yang berminat untuk bermain boleh hubungi saya di laman blog atau tekan sahaja di sini. Bye nak pegi update team.
.

Thursday, December 25, 2008

Dunia Itu Indah

Huarrghh! Mengantuk laa siot. Aku baru sampai dari Kuala Lumpur pukul 11.30 malam tadi. Aku gerak dari Melaka pukul 7 pagi. Aku tau mesti ramai yang pelik macam mana aku bole bangun kan?

Lepas aku 'setel'kan hal-hal berbangkit dekat area PJ, aku dengan awek aku terus gerak Midvalley. Lepak punya lepak, dalam kol 5 cousin dia ajak tengok wayang. Kalo korang nak tau, memang ramai gila orang tengok wayang tadi. Movie biasa-biasa aje, dia punya queue sampai McD. Time aku beli tiket dah reda sikit.

Apa yang aku nak highlight dekat sini, aku dengan hati terbuka follow diorang tengok cerita hindustan. Aku tau tak ramai yang meminati Bollywood nih tapi aku no hal. Movie best layan aja!

Nama filem "Rab Ne Bana Di Jodi". Translation ke Bahasa Melayu lebih kurang "Tuhan telah menciptakan pasangan untuk setiap insan". Sedikit review from filem nih, dibintangi oleh Datuk Shah Rukh Khan(aku terpaksa address beliau sebagai datuk). The rest aku tak kenal. Heroin pelakon baru. Theme untuk filem ini adalah "There is an extraordinary love story in every ordinary jodi". Jodi nih bermaksud jodoh(pasangan) kot. Love story. Tiada adegan bergaduh, bertumbuk dan hero kalah dulu last sekali menang. Menceritakan tentang Shah Rukh Khan yang skema gampang mengahwini anak professornya. Anak perempuan prof tu dah nak kahwin tapi rombongan pengantin lelaki eksiden, semua mati. Prof tu kena heart attack and before dia mati kat hospital dia bagitau anak dia suruh kahwin dengan Shah Rukh Khan(SRK). Anak dia pun tak sampai hati nak biarkan ayah dia mati kecewa, setuju aje laaa.

Lepas kahwin, SRK tau isteri dia tak chenta kan dia so diorang tidur bilik asing-asing. Isteri dia tidur bilik bawah and SRK tido dekat atas(stor barang). Cerita pon berjalan macam biasa(malas nak explain details). Lupa pulak nak bagitau. SRK first time jumpa minah ni kat majlis kahwin dia yang tak jadi tuh, terus jatuh cinta. Esok nya diorang kahwin.

Sambung balik, satu hari balik dari pasar minah nih nampak satu flyer pasal dance competition. Dia sangat laa interested and bawak balik flyer tuh tunjuk kt suami dia, SRK. Time tuh baru lepas makan, SRK terus amek flyer tuh and terus naek atas tanpa berkata apa-apa. Minah tuh macam kecewa sikit tapi dia tau keredhaan suami lebih penting. Lepas je dia kemas dapur nak masuk bilik tidur, kat atas meja makan ada flyer tuh dengan duit(untuk register). Kegembiraan sangat si isteri terus mengucapkan terima kasih pada SRK yang tengah naek tangga nak pegi tido.

Sebab SRK sangat sayang kan isteri dia tapi isteri dia dah confess dia x chenta kan SRK, maka dia ingin mencipta love 'story'nya sendiri. Dia telah mengubah imej skema gampangnya menjadi seorang yang kononnya cool. Impiannya hanya ingin mendampingi isterinya. Dia telah menjadi 'dance partner' isterinya di dance competition itu. Di rumah beliau masih lagi seorang yang skema. Tapi lama-kelamaan beliau terperangkap dalam dunia rekaannya itu. Sehinggalah isterinya mencintai watak rekaanya yang diberi nama Raj dan ingin kahwin lari bersamanya. Tetapi last minute isterinya mengubah fikiran kerana dia mengangap suaminya selalu berada bersamanya dia waktu kesusahan.

Actually ada banyak lagi details yang aku tak cerita. Malas. Movie tu nak dekat 3 jam. Memang mengong, nasib baek lagu dia sikit. Pada aku eventhough cerita nih tak logik tapi sentimental value tuh memang ada. Apa-apa pon terpulang laa kalo korang nak download cerita nih kan, tapi maybe takde translation. Aku tiada masalah sebab awek aku pandai urdu. Muahahahahaha.

p/s: Aku masih lagi menunggu comment. Blog gua masih lagi sepi dan hampa.

Monday, December 22, 2008

Kegembiraan Berganda

Lokasi: Library

Aduh! Hidung aku sudah mula mengeluarkan mukus-mukus cair yang aku paling benci.
Selesema memang melemaskan hidup aku.
Tension sungguh gua!

Korang nak tahu? Aku tengah bosan gila malam ni. Ada 3 minggu lagi before final exam untuk short trimester. Memang bangang kalau korang study dekat Money Making University ni. Member-member aku yang lain semua tengah lepak cuti bergembira bersama keluarga di rumah yang bahagia tanpa kekacauan dunia.(ambek kau macam sajak pon ada)

Apa-apa pon kita relate balik dengan topic entry di atas. Korang tahu kenapa apa kergembiraan berganda aku hari ini? Aku tahu kalau aku cakap kejap lagi mesti semua orang ingat aku poyo tak kena tempat, hati panas berlagak sambal, dan segala yang sewaktu dengannya.

Kegembiraan pertama.
Aku berjaya menyiapkan group assignment dalam masa 5 jam hari ini. Beliau(lecturer) telah meng'upload' assignment tersebut sebulan lepas dan hanya semalam aku membaca soalan dan meng'google'kan diri untuk menyelesaikan task tersebut. Walaupon ia group assignment tapi aku terpaksa melakukannya secara individual kerana tiada sesiapa yang mahu meng'group'kan diri dengan aku.(sebab aku buat lambat)

Kegembiraan kedua.
Seperti yang telah dilaporkan oleh soccernet semalak, tepat jam 8.40 malam waktu tempatan Malaysia, Manchester United telah dinobatkan sebagai kelab terbaik/terunggul/teragung/tergempak dan segala 'ter' yang sewaktu dengannya setelah mengalahkan kelab dari Ecuador, LDU Quito. Jaringan dari messr Rooney hasil umpanan messr Ronaldo(chait!mcm commentator Malaysia) membolehkan Man Utd menang dengan bergaya setelah messr Vidic dilayangkan kad merah pada minit ke '49. Man Utd juga telah berjaya menghapuskan badi English Club yang sering tewas kepada pasukan-pasukan dari South America.

Kegembiraan ketiga.
Selepas berhempas-pulas selama 6 minggu menyiapkan interim report final year project, akhirnya hari yang ditunggu telah tiba. Hari presentation. Perrghh memang hari yang malang sebab aku kena siapkan kegembiraan yang pertama pada masa yang sama. Penambahan malang berlaku lagi apabila aku dipilih sebagai orang terhormat pertama
untuk present dalam first session. Dengan muka lampir aku pun present dengan penuh perasaan. Fuuhh! Nasib aku baik. Walaupon banyak komplen from panel and supervisor, aku hanya mampu tersenyum sambil menjawab segala soalan yang diajukan. Yeaarrghhh!!

Kegembiraan keempat.
Aku terbangun pada pukul 6.56 pagi. Aduuuss! Aku tak siap lagi kegembiraan pertama dan ketiga. Terpaksa melupakan tidur yang indah untuk menyiapkannya. Sebelum memulakan kerja-kerja yang tertangguh wajib melayari soccernet dan fantasy premierleague. Hehehehe, team aku sedikit berjaya pada minggu ini setelah bodoh 2 bulan sebelumnya. Yesszaaa!!

Akak library dah start pandang aku.
.
.
.
.
.
Yer laa, nak packing laptop laa ni, kecoh betol bila library nak tutup.
.

Wednesday, December 10, 2008

FYP | hypertension

..
second post aku untuk hari ini.

menggelabah btol!

aku baru lepas jumpa supervisor aku tadi.
hancus! dia cakap by this friday 6 tasks aku kena submit.
damn! esok ada test crytopgraphy.
the whole weekend aku ada family trip.

tayar kereta aku pecah last week.
aku blom lunch.
jom tido petang?!

Netizen | Blogosphere

..
aku tengah beratur.
nak apply netizenship.
.
.
.
malu sungguh aku.
amek IT tapi blog baru nak buat.
damn!
.
.
.
tak tau nak bebual ape...
man utd gempak kan?!

-aku memang blur untuk first post-