Wednesday, February 4, 2009

Hari Rabu

Setelah sekian lama aku menyepi, aku cuba untuk menulis lagi. Aku sedikit malas 2-3 minggu yang lepas(semester break).

Mungkin juga aku sedikit busy, tapi masalah peribadi sebelum aku kembali ke Melaka betul-betul merunsingkan aku. Salah aku, ya aku mengaku. Tapi salah mereka, siapa yang pernah peduli. Aku dah bosan dengan pendirian kolot mereka yang tak pernah cuba untuk memahami aku, menerima aku yang sudah berumur 23 tahun.

Layanan seperti budak berumur 17 tahun sudah tidak relevan lagi. Aku sepatutnya bebas untuk membuat pilihan hidup aku sendiri walaupon ia bukan seperti yang mereka inginkan. Perasaan hormat aku pada meraka masih utuh dalam diri tapi sampai bila?Aku bukan lagi budak kecil, aku akan pertahankan pendirian aku. Tak semestinya apa yang aku pilih sentiasa salah. Pernah mereka cuba untuk mendekati diri aku dan mengerti apa yang sedang berlaku? Apa yang mereka tahu hanya aku yang sering menyusahkan mereka dan tidak tahu menghargai kesenangan yang aku kecapi.

Kesenangan? Aku cuba membandingkan aku dengan orang lain. Aku bersyukur dengan apa yang aku ada. Tapi jangan sekali-kali membangdingkan kesenangan yang mereka beri pada aku dengan orang lain. Perbandingan pasti membuat pihak yang menuduh kalah. Tiada apa yang sempurna dalam dunia ini. Kekurangan itu adalah pasti tapi sebagai manusia yang diajar sedari kecil untuk bersyukur semua itu aku terima dengan seadanya.

Mungkin aku yang terlalu ikutkan perasaan.
.

Sunday, January 18, 2009

Weekend

Haih.
Aku kembali.Minggu lepas mmg 'suck'.Final exam memang susah macam gampang.Berbelit kepala otak aku.Lepas seminggu,aku dah kembali waras.Tak sanggup untuk repeat apa-apa paper pun.aku ada lagi 2 sem untuk habiskan degree.Lambatnya!!

Aku tau time study paling best tapi kalau ada exam langsung tak best.Potong habis!!Aku nak kerja,bagi mak bapak ngan tok opah duit gaji aku.Dah banyak aku menghabiskan duit diorang.Dulu masuk sekolah elok belajar malas.Sekarang baru padan muka.Hahahahaha,gelakkan diri sendiri!!

Aku ingat lagi time aku form 5 dulu,ada students from Money Making University datang bagi some sort of ceramah dekat Dewan TAR.Aku buat bodo malas nak dengar,siap pasang niat dalam hati "aku bukan nak amek IT pon".Allah makbulkan doa aku,tapi opposite way.

First offer yang aku dapat Diploma IT dekat Campus Melaka.Aku register online untuk admission.Maybe sebab tu aku dapat IT agaknya.Lepas check result,aku terus call Leman dengan Paan.Sebab aku tahu diorang pon apply jugak.

And the rest is history.

Walaupon aku diploma holder and currently nak finish kan degree,aku cuak jugak nak kerja.Daripada experience aku practical dulu,haisshh!!
Itu baru buat kerja senang.

Ramai member-member seangkatan dah grad dan sedang mengalami transition period untuk jadi sedikit dewasa.Yang penting korang dah habis belajar.Ada yang tengah sambung degree dekat oversea(korang memang sial tak ajak aku terkontang-kanting dekat sini).Ada yang tengah cari kerja lagi.Cool laa korang.

Hari Ahad memang best kalau kita bangun awal.Dapat berblog macam yang aku buat sekarang.

Aku ucapkan tahniah kepada PAS kerana telah memenangi kerusi Kuala Terengganu dengan majority yang lebih besar.Bersyukurlah dengan kemenangan ini.Tak selamanya kita di atas.Buatlah yang terbaik.

Kepada BN,buatlah seribu post-mortem sekali pun kalau tak dibuang orang yang tak berguna,keputusan seperti ini akan kekal selamanya.

Manchester United top of the table.Thanks a lot to Liverpool and Rafel Benitez especially for their 'moral support' last week.

.

Thursday, January 8, 2009

Kini

Aku di ambang peperiksaan.

Haishh!!

.

Sunday, January 4, 2009

Aku lagging 4 hari

Salam Maal Hijrah dan Selamat Tahun Baru 2009.

Sejak 4 tahun yang lepas aku sentiasa 'f*ck' new year. Bukan sebab aku tak suka sesuatu yang baru. Tapi sejak aku masuk 'Money Making University' ni, time nih mesti dekat-dekat dengan final exam. Bengang betol aku!

So kepada sesapa yang termasuk blog ni dan baca post aku yang bosan dan sambil lewa ini, aku ucapkan semoga korang berjaya dalam apa sahaja bidang yang korang ceburi.

p/s: On 3oth Dec 2008, group aku dapat 2nd dalam bowling competition. Gambar akan diupload later. Sangat gembira.
.

Friday, December 26, 2008

Dah boring?

Ada account myspace, frenster, facebook dan segala yang sewaktu dengannya? Atau rasa nak tambah lagi account portal community korang? Nak ramai member? Nak carik blind date? Kekasih semasa zaman sekolah dulu? Atau senior yang buli kamu semasa di asrama?

"Do you know the coolest Malaysia web community ever will be launched anytime soon"[click].
Korang tak nak join ke? Nama web nih zoom.my. Nak tau features dia? Lebih kurang je dengan apa yang korang dok layan sekarang.

Malas nak click link? Gua review sket laa kan.

- Macam besa korang bole create profile and interact dengan other members
- Create group korang sendiri pastu lawan dengan group lain macam perang (aku tambah pasal perang nih).
- Ada jugak entertainment, music,video,games dan yang seangkatan dengannya.
- Blog, chat, forum (best tuh kalo korang ada blog)
- Yang paling best ianya gratis (free,percuma)

Bila ada web community nih mesti laa ada positive impact(benefits). So apa kata Lu Pikir Laa Sendiri sebab aku dah malas nk explain in detail. Apa-apa pon 'support'lah local artist, local product, local bloggers and local web community juga.
Sebelum mengundur diri, saya tinggalkan dengan serangkap gurindam pantun peribahasa.

Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri. Lebih baik hujan di tengahari daripada mendung di sebelah petang kerana kita tidak dapat bermain bola sepak.
.

Fantasy Premierleague

Korang minat EPL? Manchester United lagi gempak dari Liverpool, Chelsea ngan Arsenal kan? Aku tau ramai yang dengki dengan team favourite aku(semestinya Man Utd). Korang minat mesti tengok game live every weekend kan? Mesti korang ada beli jersey kan? Lepas tuh borak-borak kosong mesti cerita pasal Ronaldo tak form season ni, Fabregas injured sampai april, Drogba dah tak berguna, atau pon Liverpool maen macam sampah tapi bole menang. So, apa kata korang tunjukkan lagi support korang dengan bermain fantasy football.

Aku dah main fantasy premierleague ni since form 5. Dulu saja suka-suka. Sekarang pon suka-suka jugak tapi bila point tinggi bole laa berlagak dengan melodilusi. Tapi team aku awal season hari tuh ada hampeh sikit. So sekarang aku ranking aku sedikit teruk. Tapi ape ade hal kerana aku tengah kejar mereka yang dulu berlagak dengan aku. Takpe korang. Boxing day hari ni. Aku dah update team. Korang sempat?

p/s: Sesiapa yang berminat untuk bermain boleh hubungi saya di laman blog atau tekan sahaja di sini. Bye nak pegi update team.
.

Thursday, December 25, 2008

Dunia Itu Indah

Huarrghh! Mengantuk laa siot. Aku baru sampai dari Kuala Lumpur pukul 11.30 malam tadi. Aku gerak dari Melaka pukul 7 pagi. Aku tau mesti ramai yang pelik macam mana aku bole bangun kan?

Lepas aku 'setel'kan hal-hal berbangkit dekat area PJ, aku dengan awek aku terus gerak Midvalley. Lepak punya lepak, dalam kol 5 cousin dia ajak tengok wayang. Kalo korang nak tau, memang ramai gila orang tengok wayang tadi. Movie biasa-biasa aje, dia punya queue sampai McD. Time aku beli tiket dah reda sikit.

Apa yang aku nak highlight dekat sini, aku dengan hati terbuka follow diorang tengok cerita hindustan. Aku tau tak ramai yang meminati Bollywood nih tapi aku no hal. Movie best layan aja!

Nama filem "Rab Ne Bana Di Jodi". Translation ke Bahasa Melayu lebih kurang "Tuhan telah menciptakan pasangan untuk setiap insan". Sedikit review from filem nih, dibintangi oleh Datuk Shah Rukh Khan(aku terpaksa address beliau sebagai datuk). The rest aku tak kenal. Heroin pelakon baru. Theme untuk filem ini adalah "There is an extraordinary love story in every ordinary jodi". Jodi nih bermaksud jodoh(pasangan) kot. Love story. Tiada adegan bergaduh, bertumbuk dan hero kalah dulu last sekali menang. Menceritakan tentang Shah Rukh Khan yang skema gampang mengahwini anak professornya. Anak perempuan prof tu dah nak kahwin tapi rombongan pengantin lelaki eksiden, semua mati. Prof tu kena heart attack and before dia mati kat hospital dia bagitau anak dia suruh kahwin dengan Shah Rukh Khan(SRK). Anak dia pun tak sampai hati nak biarkan ayah dia mati kecewa, setuju aje laaa.

Lepas kahwin, SRK tau isteri dia tak chenta kan dia so diorang tidur bilik asing-asing. Isteri dia tidur bilik bawah and SRK tido dekat atas(stor barang). Cerita pon berjalan macam biasa(malas nak explain details). Lupa pulak nak bagitau. SRK first time jumpa minah ni kat majlis kahwin dia yang tak jadi tuh, terus jatuh cinta. Esok nya diorang kahwin.

Sambung balik, satu hari balik dari pasar minah nih nampak satu flyer pasal dance competition. Dia sangat laa interested and bawak balik flyer tuh tunjuk kt suami dia, SRK. Time tuh baru lepas makan, SRK terus amek flyer tuh and terus naek atas tanpa berkata apa-apa. Minah tuh macam kecewa sikit tapi dia tau keredhaan suami lebih penting. Lepas je dia kemas dapur nak masuk bilik tidur, kat atas meja makan ada flyer tuh dengan duit(untuk register). Kegembiraan sangat si isteri terus mengucapkan terima kasih pada SRK yang tengah naek tangga nak pegi tido.

Sebab SRK sangat sayang kan isteri dia tapi isteri dia dah confess dia x chenta kan SRK, maka dia ingin mencipta love 'story'nya sendiri. Dia telah mengubah imej skema gampangnya menjadi seorang yang kononnya cool. Impiannya hanya ingin mendampingi isterinya. Dia telah menjadi 'dance partner' isterinya di dance competition itu. Di rumah beliau masih lagi seorang yang skema. Tapi lama-kelamaan beliau terperangkap dalam dunia rekaannya itu. Sehinggalah isterinya mencintai watak rekaanya yang diberi nama Raj dan ingin kahwin lari bersamanya. Tetapi last minute isterinya mengubah fikiran kerana dia mengangap suaminya selalu berada bersamanya dia waktu kesusahan.

Actually ada banyak lagi details yang aku tak cerita. Malas. Movie tu nak dekat 3 jam. Memang mengong, nasib baek lagu dia sikit. Pada aku eventhough cerita nih tak logik tapi sentimental value tuh memang ada. Apa-apa pon terpulang laa kalo korang nak download cerita nih kan, tapi maybe takde translation. Aku tiada masalah sebab awek aku pandai urdu. Muahahahahaha.

p/s: Aku masih lagi menunggu comment. Blog gua masih lagi sepi dan hampa.