Monday, February 16, 2015

After all this years..

It has been years and years, I am a different person now. Can you believe it? Nah! Same old bro. I will detail-out my past life until now in next chapter. Until then.

Monday, October 3, 2011

Mencester Unaited

Tahukah team Mencester baru-baru ni dah kurang power? Gua syak player dah start berlagak.
Mentang-mentanglah dia bantai team mid-table macam Arsenal.
Lepas ni international week. Haish!

Monday, August 15, 2011

Dalam Tidur Ada Mimpi

Jam masih lagi belum berhenti bergerak.
Hujan masih lagi turun renyai-renyai.
Malas masih belum melabuhkan tirai.
Puasa sudah pun masuk hari yang ke-15.
Dalam kesejukan malam bertemankan air kosong aku berkira-kira untuk tidur.
Dah lama rasa nya tak mengemaskini blog yang dah lama ditinggalkan.
Hampir setahun tak berblog atas alasan kesibukan.
Semoga malam ini bukanlah kali terakhir untuk gua cuba untuk menaip.
Kalau ditakdirkan Izrail datang memanggil, tiada siapa yang boleh menahan.
Gua cuma insan yang lemah, keimanan hanya senipis kulit bawang.
Akan gua cuba untuk berubah ke jalan yang lurus.

Thursday, January 27, 2011

Siri Bercakap Dengan Diri Sendiri 1

Entah macam mana hari ini aku bangun seawal 6 pagi. Sebenarnya bercadang untuk keluar menikamati sarapan pagi sambil menghirup udara pagi yang segar. Tapi kemalasan tahap dewa membuatkan gua terus lepas di bilik sambil menge'check' point fantasy EPL.
Well, tak berapa jinggo kalau tidur balik lepas bangun awal macam pagi ini. Walaupon aku selau bangun lambat dan paling suka tidur sampai ke tengah hari, tapi gua jarang merpersiakan peluang untuk bangun awal pagi dan menyiakan segala kerja-kerja yang tertunggak eg. laptup gua rosak dan gua masih lagi tak format.
Sebenarnya gua masih lagi tiada motif untuk bercerita pagi ini. Gua cuba untuk mendapatkan ilham sambil mengira-ngira untuk membuka CIMBclick dan membayar bil broadband yang tertunggak sebulan.
Hari ini gua masih lagi cuti dan gua akan cuba untuk memanfaatkan hari ni dengan sebaiknya. Gua rasa macam sakit perut.

echo "Marilah bergoyang"

Wednesday, January 5, 2011

Bulan - 4

Aku ingat dah dekat 8 tahun aku tak jenguk blog ni.
Kata laman sesawang. Tak blues laa lepak selalu yer tak?
Anyway, aku cuba untuk serious dalam blogging tapi tak mampu.
Communication skills level 2.5.
Aku tak jumpa style untuk explain apa yang ada dalam kepala aku.
Braniac. Aku campur perkataan brain maniac.

echo "Aku dah boring dengan kerja aku"

Thursday, September 2, 2010

Reverse Buddy

Hari ini bersamaan dengan Bulan Ramadhan yang mulia aku akan mula menjalankan aktiviti pra-kerja yang dinamakan Reverse Buddy.
Sebagai seorang Tehcnical Support by Phone berkaitan Internet, tugas nampak mudah.
Tapi dari previous experience semasa Buddy(salah satu dari aktiviti pra-kerja), aku mula cuak/gundah gulana/tak sedap badan apabila client mula menghamburkan kata-kata amarah.
Marah pada siapa lagi kalau bukan dari service yang diberikan oleh Internet Provider.
Tak dapat dielakkan apabila terdapat masalah-masalah technical di mana Client gagal untuk menggunakan Internet.
Dengan bil bulanan yang mahal pada setiap bulan, Client mengharapkan service yang terbaik dari Internet Provider. Namun segelintir Technician dan Technical Support kadangkala tidak mampu untuk mengendalikan tugas mereka dengan baik dan ini telah menyemarakkan amarah si Client.
Post yang seterusnya akan berkaitan dengan Internet dan bagaimana untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi Client tanpa menghubungi Technical Support.

Echo "Gua explain in details later"

Wednesday, September 1, 2010

Enough said

Benda pertama yang aku buat bila bangun(tak kira pagi/malam) adalah tengok jam.
Orang macam aku tak mampu nak ada jam loceng, tengok handphone pun jadi.
Setiap kali pun mesti terkejut. Sengal!
Aku terlepas lagi sahur untuk hari ke-16. Hadoi!
Mula-mula dulu tension juga, tapi alah bisa tegal biasa. =]
Doakan aku tabah menghadapi dugaan dan cabaran berpuasa tanpa sahur untuk hari ini.
Nanti kita berbual lagi. Nak pergi shopping raya.

Echo "Gua bengang tak bangun pagi tadi. Tuhan marah gila tahu tak solat Subuh"