Friday, August 27, 2010

A New Dawn

Sudah sekian lama aku tak menulis di blog.
Dah bersarang labah-labah agaknya.
Hari ini rasa nak jenguk tengok apa dah jadi.
Sekali-sekala menulis apa salah nya kan?
Aku tak tahu berpujangga apatah lagi mengenengahkan humor.
Yang aku tahu gelak terbahak-bahak sambil mengutuk kawan-kawan.
Aku sudah pun diterima bekerja di sebuat syarikat swasta yang terletak di TTDI.
Mungkin selepas ini aku akan rajin menjenguk blog yang tak seberapa ni.
Sekadar menulis untuk hiburan diri sendiri.
Aku rasa puas bila dapat meluahkan apa yang terbuku dalam isi hati aku.
Walaupun apa yang aku tulis nanti berkemungkinan mengarut.
Aku hanya akan 'refer' pada fakta jika perlu.
Aku lebih suka dengan pendapat, perbahasan.
'Knowledge' yang aku ada bukan banyak.
Hanya cukup untuk aku sekadar bersembang kosong.
Aku senang bila berada di kalangan orang-orang yang mengenali aku.
Aku benci dikongkong dengan 'rules' yang tak menjana minda dan fizikal(gua rasa nak termuntah bila dengar ayat ini keluar dari hati gua).

Echo "Gua rasa tertekan tapi 'happy'. Dah hujung bulan sengkek macam lipas. Bila gaji ni?"