Thursday, September 2, 2010

Reverse Buddy

Hari ini bersamaan dengan Bulan Ramadhan yang mulia aku akan mula menjalankan aktiviti pra-kerja yang dinamakan Reverse Buddy.
Sebagai seorang Tehcnical Support by Phone berkaitan Internet, tugas nampak mudah.
Tapi dari previous experience semasa Buddy(salah satu dari aktiviti pra-kerja), aku mula cuak/gundah gulana/tak sedap badan apabila client mula menghamburkan kata-kata amarah.
Marah pada siapa lagi kalau bukan dari service yang diberikan oleh Internet Provider.
Tak dapat dielakkan apabila terdapat masalah-masalah technical di mana Client gagal untuk menggunakan Internet.
Dengan bil bulanan yang mahal pada setiap bulan, Client mengharapkan service yang terbaik dari Internet Provider. Namun segelintir Technician dan Technical Support kadangkala tidak mampu untuk mengendalikan tugas mereka dengan baik dan ini telah menyemarakkan amarah si Client.
Post yang seterusnya akan berkaitan dengan Internet dan bagaimana untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi Client tanpa menghubungi Technical Support.

Echo "Gua explain in details later"

Wednesday, September 1, 2010

Enough said

Benda pertama yang aku buat bila bangun(tak kira pagi/malam) adalah tengok jam.
Orang macam aku tak mampu nak ada jam loceng, tengok handphone pun jadi.
Setiap kali pun mesti terkejut. Sengal!
Aku terlepas lagi sahur untuk hari ke-16. Hadoi!
Mula-mula dulu tension juga, tapi alah bisa tegal biasa. =]
Doakan aku tabah menghadapi dugaan dan cabaran berpuasa tanpa sahur untuk hari ini.
Nanti kita berbual lagi. Nak pergi shopping raya.

Echo "Gua bengang tak bangun pagi tadi. Tuhan marah gila tahu tak solat Subuh"

Fasting in September

Actually aku malas nak berbual pasal Merdeka.
Aku rasa semua orang tahu tarikh keramat tersebut.
Tapi cuba kita tanya pada diri masing-masing, apa tarikh hari ini dalam bulan Islam?
Aku sendiri pon tak sure tapi confirm laa Ramadhan kan?
So dah tiba masa kita jangan agungkan sangat tarikh dalam Calendar Gregorian tu.
Buang masa tahu?
Korang tahu tak nama makhluk yang cipta Calendar Gregorian tu?
Korang cuba google Pope Gregory XIII. Pasti jumpa.
Aku bukan baca habis pun pasal makhluk ni. Tak penting.
Berbalik pada Kemerdekaan, Aku lebih suka mengingati tarikh 16 September 1963.
Tapi aku tak sambut pon. Knowledge ni aku pegang sejak Darjah 5, belajar Kajian Tempatan.
Baru-baru ni ada aku dengar 16 September akan jadi public holiday. Baguslah. Orang kerja shift macam aku boleh dapat double/triple pay. Alhamdulillah.

Echo "Dah dekat 10 hari gua tak sahur(pokai macam lipas). Semalam gaji dah masuk, gua ingat nak sahur pan-cake"

Friday, August 27, 2010

A New Dawn

Sudah sekian lama aku tak menulis di blog.
Dah bersarang labah-labah agaknya.
Hari ini rasa nak jenguk tengok apa dah jadi.
Sekali-sekala menulis apa salah nya kan?
Aku tak tahu berpujangga apatah lagi mengenengahkan humor.
Yang aku tahu gelak terbahak-bahak sambil mengutuk kawan-kawan.
Aku sudah pun diterima bekerja di sebuat syarikat swasta yang terletak di TTDI.
Mungkin selepas ini aku akan rajin menjenguk blog yang tak seberapa ni.
Sekadar menulis untuk hiburan diri sendiri.
Aku rasa puas bila dapat meluahkan apa yang terbuku dalam isi hati aku.
Walaupun apa yang aku tulis nanti berkemungkinan mengarut.
Aku hanya akan 'refer' pada fakta jika perlu.
Aku lebih suka dengan pendapat, perbahasan.
'Knowledge' yang aku ada bukan banyak.
Hanya cukup untuk aku sekadar bersembang kosong.
Aku senang bila berada di kalangan orang-orang yang mengenali aku.
Aku benci dikongkong dengan 'rules' yang tak menjana minda dan fizikal(gua rasa nak termuntah bila dengar ayat ini keluar dari hati gua).

Echo "Gua rasa tertekan tapi 'happy'. Dah hujung bulan sengkek macam lipas. Bila gaji ni?"

Saturday, May 22, 2010

UCL FInal

Title: Uefa Champions League Final
Teams: Inter Milan vs Bayern Munich
Date: 22nd May 2010 (Local time)
Stadium: Santiago Bernabeu, Spain

Prediction
Inter win 2-1 in 90 minutes.
Second half goals by Walter Samuel,Diego Milito(Inter) and Ivica Olic(Bayern).

ps: What a boring game!!